Tuesday, May 3, 2011

Taqwa

Intro
  • al baqarah (2):2 & 197

Takrif Taqwa
  • berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah bermaksud memelihara (al tahrim (66):6
  • takrif yang salah 'takut' kerana takut dalam bahasa arab adalah khauf atau kausya (as-sajadah: 16)
  • analogi kereta 
      ~sifat2 kereta - kerusi, stereng, tayar, etc.
      ~sifat2 taqwa - dermawan, keberanian, adil, dipercayai, solat, zakat,  etc.


Kelebihan Bertaqwa
  • al baqarah (2):5        orang yang beruntung
  • al anfaal (8):29         mendapat furqan, menghapuskan kesalahan dan dosa
  • al hujarat (49):13      memperoleh kemuliaan disisi Allah
  • al dzariyaat (51):15   mendapat tempat disyurga
  • an naba' (78):31       mendapat kemenangan

Bagaimana Mahu Bertaqwa
  • al baqarah (2): 3-4   mereka yang beriman dgn perkara2 ghaib, melaksanakan solat, ...beriman dgn kitab
  • al hajj (22):32           mengagungkan syiar2 Allah (apakah syiar? rujuk al maidah (5):2)

Kisah-kisah Tauladan (menghukum diri sbg taqwa)

Ada satu kisah di mana seorang Sahabat baru balik dari medan perang, dia tiba-tiba ternampak di pintu rumahnya betis seorang perempuan (isteri sahabatnya). Terus dia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya bertahun-tahun, bertaubat dengan Allah kerana ketidaksengajaannya itu. Rintihan taubatnya itu turut menjadi amalan kita sehingga ke hari ini.

Maksudnya: “Tuhanku, aku tidak layak untuk Syurga-Mu. Dan aku juga tidak tahan menanggung akan seksa api Neraka-Mu. Oleh itu ya Allah, terimalah taubatku dan ampunkanlah dosaku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dosa-dosa besar.”

Begitulah taqwanya. Begitu takutnya pada Allah kerana kesilapannya, walaupun tidak sengaja
                                                       ...............................

Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah terleka di kebunnya hingga tertinggal sembahyang berjemaah Asar (bersama Rasulullah SAW). Dengan rasa takut dan kesal yang tidak terkira, terus diwakafkan kebun itu sebagai hukuman pada dirinya. Di samping itu digandakan sembahyangnya sebanyak 70 kali (sebab pahala berjemaah ialah sebanyak 70 kali). Begitulah taqwa para Sahabat. Takutnya mereka pada Allah bila mengenangkan dosa dan api Neraka boleh membawa pengsan dan sesetengahnya terus mati

 by Famie

                                                                   ~the end~

No comments:

Post a Comment